Apa khabar semua, saya kembali pada hari ini dengan salah satu memori yang tidak dapat dilupakan dan juga menjadi kegemaran saya dalam hidup ini. Aku telah tanya pada haja 6 bulan sebelum aku berangkat ke tanah Germany, bahawa aku ingin melawat David Bowie Apartment. Bermulah expidisi ke apartment David Bowie.
Pukul 11 pagi, aku ikut rakan baik Haja ke supermarket, hihihihi culture shock lah tengok mesin kitar balik botol. Dapat duit woi !! Aku punya jakun sampai aku spend masa dekat mesin tuh setengah jam. Saje aku ikut ke supermarket sebab nak tengok harga barang. Aiyooo barang harga semua 1 euro, sayur posen posen euro je. Aduhhhh! Murahnya bila fikir gaji orang di sini, Ah begini rasanya hidup di negara maju !! Amaze ! Perasaan ketika itu seperti balik je Malaysia aku taknak beli botol plastik dah !
Jam 1500, Hajar plan ini hari bawa aku ke Bahnhof Potsdamer Platz, Keluar je train station mak aiii, lawanya tiga bangunan nie siap align dengan each other, dan wahhhhh bestnya boleh dongak tengok atas tanpa matahari bunuh mata aku, dengan angin sejuk. Ahh ! Yang buat moment nie best adalah weather. Cuaca ! Cuaca ! Cuaca ! Ada kedai jual postcards so aku pun beli postcard lah dengan fridge magnet, biasalah ke negara orang. Jalan jalan Hajar kata ok I nak bawa you ke HANSA STUDIO. wowwwww. Tuh dia David bowie in frame.
Kita semua boleh tahu perbezaan dan macam mana David Bowie sangat berbeza di setiap album dia, Ah ! Music Genius ! Selepas Hansa studio, Hajar dan aku berehat di meja tak jauh dari Hansa Studio. Selepas seketika kami bergerak menuju ke train station dan menuju ke Julius-Leber-Br.
Sampai ke David Bowie Apartment di mana dia menulis dan dapat ilham untuk BerlinTrilogy album.
Apartment beliau tidak boleh masuk tapi boleh lalu dan lihat, Wahlamak, berada di sini sudah buat jantung saya hilang, banyak sangat perkara memorable yang terjadi pada hari ini, Aku tak rasa jantung dan perasaan aku boleh cope up untuk hari ini. Ini adalah Sejarah ! Saya berada di tempat sejarah dalam music industry. David Bowie telah tukar music rock ke music techno di sini. Gila betullah kalau nak cerita bertapa sejarah bertukar di sini.
Seterusnya kami pergi makan dinner, Makan ayam goreng. 7 Euro je weh. Terkejut aku ! Murah ya amat kalau gaji aku 3000 euro apalah sangat 7 euro. Kalau di Malaysia gaji RM3000 KFC harga RM21. Dapat pulak banyak ketul ayam. Terkejut Yaw !!! Kami pun bergerak naik tren lagi ke Mudhoney Gig.
Wahhh, tengok gig grunge di Berlin. Ini band fav aku nie, kebetulan pula mereka datang di Berlin ketika aku di sana. Layan lah apalagi, aku memang hantu grunge.
No comments:
Post a Comment
no question is stupid question