Thursday, October 10, 2024

Bercuti di Kandy, Sri Lanka

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

    Kali nie entry nak share aktivi yang aku lakukan di Kandy, Sri Lanka. Aku pilih kandy sebab dia ialah ancient city di Sri Lanka. Aku sampai kandy dalam 1400, so aku ambik tuktuk bawak ke hotel. Penginapan di Ceylon Breeze, Masuk je bilik hotel, OMG !! view bilik aku. Best of the best ! Bilik hotel untuk satu orang pun worth it gila. Murah gila memang tak dapat lah price macam nie kat Malaysia , bilik besar dan view. Haishhh. Tak boleh berhenti puji pasal view. 

Ceylon Breeze, Kandy

Bilik di Ceylon Breeze. 


    So aku pun berehat sebentar for one hour, then mandi yelah weh, berpeluh weh satu hari journey dari Galle, Naik kereta api dari pukul 6 pagi. Stop di Colombo then baru sampai Kandy. By the time aku siap rehat aku keluar dalam pukul 1720 book dari pickme. Pickme nie macam apps grab di Malaysia tapi guna di Sri Lanka. Plan aku petang nie nak tengok budhist sembahyang. Sebab waktu dorang sembahyang pukul 1830. Memang tepat pada waktunya lah. Aku excited jugak sebab sebelum nie aku tengok Cina sami je nie sami kulit Sri Lanka memang lain dari lain nie. Aku kena experience perkara nie. 
    Sampai je Temple of tooth. ataupun nama lain dia Sri Dalada Maligawa. Tapi dalam pickme tuh aku bok ke Queen hotel sebab Temple nie ada banyak entrance. Entrance yang dekat dengan entrance orang budha sembahyang nie berhadapan dengan hotel nie. Sebelum masuk aku beli lah bunga. Eceh !! Sebab kat batu caves even batu caves tuh hindu temple aku beli je bunga bukan sebab apa apa blessing ke apa tapi saje lah nak support local. 
Masuk je temple ada dengar orang main peralatan muzik, aku pun ikut beratur lah, banyak jugak tourist datang sini, penuh mat salleh. Kasut memang kena tanggallah, masuk lah mana mana tempat agama pun memang kena tanggal kasut lah. Kalau aku jumpa orang pakai kasut dalam masjid pun aku ketuk kepala orang tuh. Dalam temple nie ada husker weh guna kulit betul. aku pun masuk tengok. Then lilin lah apalah. Ada orang nak bagi penerangan kat aku seribu rupee je macam dalam sepuluh ringgit kita je, tapi aku malaslah, aku nak explore sendiri so aku ada masa aku sendiri aku boleh buat benda aku sendiri. Aku nak bergambar ke aku nak ambik video ke. Plus setiap gambar ada explaination. dorang memag tulis dalam bahasa inggeris jugak yelah temple nie dah jadi tempat tourist dorang dah. 
Husker dalam temple 


    Aku siap temple tengok jam dah pukul 2100. wuish lama juga aku spend pusing dalam temple nie. Yelah, temple dia besar jugak nak pusing plus kena beratur sana sini sebab ramai orang sembahyang kan, pukul 1930 tuh tempat sembahyang dia tutup. Mana mana tourist yg lambat tuh tak dapatlah tengok. Jalan depan sikit aku nampa kedai thosai. Wuish excitednya aku nak makan dosa di negara asal thosai. Nampak kedai tuh je perut aku terus berbunyi, lapar weh. Tak sabarnya nak makan. Kedai nie berhadapan temple je. Walking distance je dah nampak. Habis makan balik hotel aku yang best tuh berehat. Penat nya harinie. Sambung esok pula !!
Cheese Onion Masala Dosa di Balaji Dosai ( Pure Vegatarian )


    Pagi !!! Rasa Macam princess betul Breakfast hantar di bilik. Siap je Breakfast mulalah adventure hari kedua di Kandy ! Tempat pertama aku pada hari ini ialah Tea Factory. Eh dah sampai Sri lanka, ceylon country kut wajib ah beli tea so aku ambik kesempatan nie pergi kilang dia terus. Lepas habis tour kilang dia, dapat free drink tea. Aku minta tea paling mahal dorang ada iaitu gold tea ngan silver tea. Dia gtaw aku sebab tea nie paling rare so dia boleh bagi sikit je. lepas minum aku terus macam weh aku kena beli. Nie teh paling sedap aku pernah minum. Btw, tour dan minum free je, yang kena bayar bila korang beli teh. Tapi gila kau tak beli, kau kat Sri Lanka kut. wajib ah beli teh !!!! Sri Lanka used to be called Ceylon dude !

 Tea Factory Girigama



Next stop , Nelligala temple. Wuish terkejut aku semua warna emas kat sini, kebetulan pula harini Sri Lanka election day so temple tiada orang langsung memang banyak lah video aku ambil di sini. View pun lawa sebab temple dia atas bukit. 

    Ok next stop aku ke Kandy Botanical Garden. Habis pusing botanical garden aku makan tengah hari. Harinie makan Curry and Rice. Ini adalah antara makanan authentic Sri Lanka. Dalam fikiran aku nasi dan kari jelah macam aku selalu order kat mamak tengah hari. Sekali makanan sampai weh. anyak jugak lauk sampingan dia. Dan murah gila. tukar duit Malaysia 3 ringgit je weh. Mana tak terkejut aku. Aku memang hantu sayur. Argh memang best lah makan kat sri lanka nie sebab kebanyakkan lauk sayur. Diaorang tanya aku vegetarian atau tidak. aku cakap lah tidak. anyways. Sambal dia sedap wehhhhh !!!! Erghhhhhh !!! I really like my lunch today !
Rice and Curry

    Ok next stop, aku ke Bahirawakanda temple. Weh besar gila patung Budha dia, aku sampai panjat atas sebab boleh tengok view apa yang patung buddha tuh tengok. Meman nampak satu kandy. Korang memang kena add stop nie dalam itinerary korang. 
Sri Maha Bodhi Viharaya

 Selepas ke temple aku ke Kandy viewpoint so boleh nampak satu kandy dekat situ, aku juga ke Kandy lake, cari air kelapa tak jumpa pula, sebab banyak kedai tutup harinie kan election day. 
Kandy Lake. 

Stop terakhir aku untuk hari kedua di Kandy, sudah petang, Penat jugak tawaf satu Kandy, Sri Lanka nie, 
Last stop adalah Penjara di Kandy. 
Bogambara Prison

Aku cuma boleh tulis bahawa Kandy adalah tempat wajib untuk pergi kalau melancong ke Sri Lanka. Semoga post kalinie membantu korang untuk travel di Kandy. See ya on my next posting











No comments:

Post a Comment

no question is stupid question