Salam dan selamat sejahtera kepada pembaca blog saya ! Sebagai satu satunya pelaut Malaysia di atas kapal yang saya berlayar, sayalah yang paling semangat dan gembira, excited, happy, tak sabar, ah semuanya mixed feeling sebab the next port adalah Port Klang, Malaysia. Anyways, posting hari ini bukan tentang Port Klang, hanya sekadar berkongsi perasaanku yang merindui makanan Malaysia.
Kapal berlabuh di Rabaul yang terletak di negara Papua New Guinea (PNG). Port yang saya berlabuh dikenali sebagai East New Britain Province. Sedikit sebanyak tentang latar belakang PNG, Papua New Guinea adalah negara yang dicolonised Australia. Ini adalah satu perkara yang sering keluar dari mulut pelaut di atas kapal mengenai Negara ini dan Australia. Tapi saya baca nama eh ! East New Britain ! Mungkin ini British punya bahagian. Ketika aku melepak di luar deck, Kapten Irish aku bercakap, "Sheena, see the other side of the mountain is the New Ireland province" . Aku terus macam weh berapa banyak negara ambil kesempatan di PNG ini. Aku tahu mereka memang banyak natural resources, negara mereka kaya dengan pelbagai sumber asli. Tapi ini seperti diambil kesempatan pelbagai negara.
Setiap kali turun shore leave pasti ada rasa sedikit kasihan kepada kehidupan mereka di sini. Kebanyakkan Stevedores(mereka yang naik untuk urusan cargo di atas kapal) selalu bertanyakan empty bucket ( baldi kosong ) kerana mereka tiada sistem air seperti kita di Malaysia. Mereka akan bawa baldi ke tengah kampung dan ambil air untuk dibawa pulang. Aduh. Sedih betul hati aku. So selalunya aku memang tak akan buang baldi kosong untuk beri sahaja kepada mereka. Dan orang Papua nie sungguh murah hati, beri mereka baldi wahhhhhh !! kemain banyak buah yang akan mereka berikan kepada kita ! Kalau dia orangtak beri buah pun aku tidak kisah kerana tak dek guna pun baldi berlambak lambak di engine room tuh. Cakap pula soal buah. Buah di PNG ini besar besar ya ampun. Kerana tanah mereka begitu subur sebab terdapatnya gunung berapi di Rabaul. Jangan main main, ini gunung berapi hampir musnahkan seluruh Rabaul pada tahun 1937.
Pusing pusing di kampung dia memang tidak nampak langsung cable sumber elektrik kerana mereka menggunakan generator. memang pada waktu malam wahhh kemain gelap gelita. Kalau aku ingin shoreleave, Kapten dan Chief Engineer tak akan benarkan aku keluar seorang. Mereka selalu sangat pesan pada aku Bahaya, sini makan orang, dan pelbagai lagilah. Aku faham risau terhadap seorang perempuan dan saya berterima kasih kerana apabila orang sekeliling kita risau soal kita bermakna mereka peduli tentang kita. Ah panjang pula explaination aku. Mari berbalik kepada kapal alongside di Rabaul.
Tiga hari di Rabaul. Hari pertama sampai, Second engineer sudah pun beritahu engine room team ketika underway bahawa di Rabaul kami akan melakukan Unit Overhaul. So hari pertama 7 pagi sudah kami siap di toolbox meeting. Settle Main Engine pada pukul 7 magrib. Siap pasang baru. Aku pun telah lost count berapa banyak unit main engine yang telah aku overhaul sepanjang 8 tahun berlayar ini. Malam memang tidur awal, penat kemain.
Hari kedua, Third Engineer Yasanthe ( Sri Lankan ) , Aku , Oiler Brad Paddy ( Filipino ) dan Engine Cadet Lahir ( Sri Lankan ). Kami berempat ke Gunung Tavuvur. Gunung berapi di Rabaul, Papua New Guinea (PNG) . Sudah tempat ini dikenali sebagai gunung berapi memang aku kena pergi lah !! Wajib !! Kami menaiki four by four, Perjalanan hanyalah 10 minit dari port. Sampai di Gunung, kami mendaki lebih kurang satu jam. dan pemandangan nya. Ya Allah ! Indahnya ciptaaan yang maha besar. Panjang rasa syukur aku kepada Ilahi. Aku mungkin tidak akan pernah kesini jika aku bukan rezeki darinya. Hilang penat overhaul main engine semalam. Hilang semua gundah gulana, Hilang semua rasa. Memang pengobat hati bila kita melihat perkara dan nature yang indah.
Itu sahaja perkongsian saya tentang Rabaul. Teruskan membaca untuk berlayar bersama saya di dunia !!
Sehingga jumpa lagi, Terima kasih kerana membaca posting saya ini. Saya sangat menghargainya.
No comments:
Post a Comment
no question is stupid question