Sunday, October 13, 2024

Kunjungi David Bowie Apartment dan Menyaksikan Mudhoney live di Berlin, Germany.

  

David Bowie 1947-2016
"We can be heroes just for one day"

      Apa khabar semua, saya kembali pada hari ini dengan salah satu memori yang tidak dapat dilupakan dan juga menjadi kegemaran saya dalam hidup ini. Aku telah tanya pada haja 6 bulan sebelum aku berangkat ke tanah Germany, bahawa aku ingin melawat David Bowie Apartment. Bermulah expidisi ke apartment David Bowie. 

    Pukul 11 pagi, aku ikut rakan baik Haja ke supermarket, hihihihi culture shock lah tengok mesin kitar balik botol. Dapat duit woi !! Aku punya jakun sampai aku spend masa dekat mesin tuh setengah jam. Saje aku ikut ke supermarket sebab nak tengok harga barang. Aiyooo barang harga semua 1 euro, sayur posen posen euro je. Aduhhhh! Murahnya bila fikir gaji orang di sini, Ah begini rasanya hidup di negara maju !! Amaze ! Perasaan ketika itu seperti balik je Malaysia aku taknak beli botol plastik dah ! 

    Jam 1500, Hajar plan ini hari bawa aku ke Bahnhof Potsdamer Platz, Keluar je train station mak aiii, lawanya tiga bangunan nie siap align dengan each other, dan wahhhhh bestnya boleh dongak tengok atas tanpa matahari bunuh mata aku, dengan angin sejuk. Ahh ! Yang buat moment nie best adalah weather. Cuaca ! Cuaca ! Cuaca ! Ada kedai jual postcards so aku pun beli postcard lah dengan fridge magnet, biasalah ke negara orang. Jalan jalan Hajar kata ok I nak bawa you ke HANSA STUDIO. wowwwww. Tuh dia David bowie in frame. 

Hansa Studio, Kreuzberg


    Di sinilah album dia dirakam. Heroes . Antara Berlin Trilogy. Memang terkenallah tiga album nie. Bukan David Bowie je buat album di sini. U2, Iggy pop juga. Wahhhhh ! Gilalah aku kat sini. Aku pun macam tak percaya. Thank You Ja !!!! Me love you !! Panjang kalau nak explain pasal David Bowie, cuma yang boleh aku katakan bila seorang artis tuh travel dan menetap di tempat yang lain mereka dapatlah ilham untuk mencipta sesuatu yang lain sebab culture difference, environment difference, even people pun lain, so ketika berdiri di sini aku macam Yesss Man, I get it. That's why the album is just difference. Perasan ketika itu sampai tak boleh banyak cakap aku. Rasa overwhelmed yang teramat sangat. "My complete being is within those three. They are my DNA" - David Bowie.

    Kita semua boleh tahu perbezaan dan macam mana David Bowie sangat berbeza di setiap album dia, Ah ! Music Genius ! Selepas Hansa studio, Hajar dan aku berehat di meja tak jauh dari Hansa Studio. Selepas seketika kami bergerak menuju ke train station dan menuju ke Julius-Leber-Br.

    Sampai ke David Bowie Apartment di mana dia menulis dan dapat ilham untuk BerlinTrilogy album. 


Rumah David Bowie


    Apartment beliau tidak boleh masuk tapi boleh lalu dan lihat, Wahlamak, berada di sini sudah buat jantung saya hilang, banyak sangat perkara memorable yang terjadi pada hari ini, Aku tak rasa jantung dan perasaan aku boleh cope up untuk hari ini. Ini adalah Sejarah ! Saya berada di tempat sejarah dalam music industry. David Bowie telah tukar music rock ke music techno di sini. Gila betullah kalau nak cerita bertapa sejarah bertukar di sini. 
Ternampak poster Aladdin Sane. 


    Seterusnya kami pergi makan dinner, Makan ayam goreng. 7 Euro je weh. Terkejut aku ! Murah ya amat kalau gaji aku 3000 euro apalah sangat 7 euro. Kalau di Malaysia gaji RM3000 KFC harga RM21. Dapat pulak banyak ketul ayam. Terkejut Yaw !!! Kami pun bergerak naik tren lagi ke Mudhoney Gig.

    Wahhh, tengok gig grunge di Berlin. Ini band fav aku nie, kebetulan pula mereka datang di Berlin ketika aku di sana. Layan lah apalagi, aku memang hantu grunge. 

Mudhoney Live in Berlin. 


    Hari ini adalah hari yang sangat bermakna untuk aku dan akan aku ingat selamanya  !!!



Saturday, October 12, 2024

Kapal Alongside Rabaul, Papua New Guinea.

     

Air dari gunung berapi tavuvur

    Salam dan selamat sejahtera kepada pembaca blog saya ! Sebagai satu satunya pelaut Malaysia di atas kapal yang saya berlayar, sayalah yang paling semangat dan gembira, excited, happy, tak sabar, ah semuanya mixed feeling sebab the next port adalah Port Klang, Malaysia. Anyways, posting hari ini bukan tentang Port Klang, hanya sekadar berkongsi perasaanku yang merindui makanan Malaysia. 

    Kapal berlabuh di Rabaul yang terletak di negara Papua New Guinea (PNG). Port yang saya berlabuh dikenali sebagai East New Britain Province. Sedikit sebanyak tentang latar belakang PNG, Papua New Guinea adalah negara yang dicolonised Australia. Ini adalah satu perkara yang sering keluar dari mulut pelaut di atas kapal mengenai Negara ini dan Australia. Tapi saya baca nama eh ! East New Britain ! Mungkin ini British punya bahagian. Ketika aku melepak di luar deck, Kapten Irish aku bercakap, "Sheena, see the other side of the mountain is the New Ireland province" . Aku terus macam weh berapa banyak negara ambil kesempatan di PNG ini. Aku tahu mereka memang banyak natural resources, negara mereka kaya dengan pelbagai sumber asli. Tapi ini seperti diambil kesempatan pelbagai negara. 

    Setiap kali turun shore leave pasti ada rasa sedikit kasihan kepada kehidupan mereka di sini. Kebanyakkan Stevedores(mereka yang naik untuk urusan cargo di atas kapal) selalu bertanyakan empty bucket ( baldi kosong ) kerana mereka tiada sistem air seperti kita di Malaysia. Mereka akan bawa baldi ke tengah kampung dan ambil air untuk dibawa pulang. Aduh. Sedih betul hati aku. So selalunya aku memang tak akan buang baldi kosong untuk beri sahaja kepada mereka. Dan orang Papua nie sungguh murah hati, beri mereka baldi wahhhhhh !! kemain banyak buah yang akan mereka berikan kepada kita ! Kalau dia orangtak beri buah pun aku tidak kisah kerana tak dek guna pun baldi berlambak lambak di engine room tuh. Cakap pula soal buah. Buah di PNG ini besar besar ya ampun. Kerana tanah mereka begitu subur sebab terdapatnya gunung berapi di Rabaul. Jangan main main, ini gunung berapi hampir musnahkan seluruh Rabaul pada tahun 1937. 

    Pusing pusing di kampung dia memang tidak nampak langsung cable sumber elektrik kerana mereka menggunakan generator. memang pada waktu malam wahhh kemain gelap gelita. Kalau aku ingin shoreleave, Kapten dan Chief Engineer tak akan benarkan aku keluar seorang. Mereka selalu sangat pesan pada aku Bahaya, sini makan orang, dan pelbagai lagilah. Aku faham risau terhadap seorang perempuan dan saya berterima kasih kerana apabila orang sekeliling kita risau soal kita bermakna mereka peduli tentang kita. Ah panjang pula explaination aku. Mari berbalik kepada kapal alongside di Rabaul. 

    Tiga hari di Rabaul. Hari pertama sampai, Second engineer sudah pun beritahu engine room team ketika underway bahawa di Rabaul kami akan melakukan Unit Overhaul. So hari pertama 7 pagi sudah kami siap di toolbox meeting. Settle Main Engine pada pukul 7 magrib. Siap pasang baru. Aku pun telah lost count berapa banyak unit main engine yang telah aku overhaul sepanjang 8 tahun berlayar ini. Malam memang tidur awal, penat kemain. 

    Hari kedua, Third Engineer Yasanthe ( Sri Lankan ) , Aku , Oiler Brad Paddy ( Filipino ) dan Engine Cadet Lahir ( Sri Lankan ). Kami berempat ke Gunung Tavuvur. Gunung berapi di Rabaul, Papua New Guinea (PNG) . Sudah tempat ini dikenali sebagai gunung berapi memang aku kena pergi lah !! Wajib !! Kami menaiki four by four, Perjalanan hanyalah 10 minit dari port. Sampai di Gunung, kami mendaki lebih kurang satu jam. dan pemandangan nya. Ya Allah ! Indahnya ciptaaan yang maha besar. Panjang rasa syukur aku kepada Ilahi. Aku mungkin tidak akan pernah kesini jika aku bukan rezeki darinya. Hilang penat overhaul main engine semalam. Hilang semua gundah gulana, Hilang semua rasa. Memang pengobat hati bila kita melihat perkara dan nature yang indah. 

Gunung Tavuvur , Rabaul , Papua New Guinea 
Volcano Tavurvur


    Kami sempat memasak telur yang sangat besar, terkejut aku melihat telur ayam sebesar itu, pertama kali aku lihat telur ayam sebesar itu, walaupun ayoh di rumah selalu beli telur gred A tetapi ini telur Gred S. Letak telur dalam air gunung berapa  itu terus masak. Air gunung berapi di Iceland juga aku tidak pernah cuba untuk memasak telur, Aku sempat menanyakan kepada abang tourguide yang bawa kami mendaki gunung, kenapa tidak Papua New Guinea menggunakan Geothermal energy seperti di Iceland. Dan mereka menerangkan kepada ku bahawa pusat selidik dari Iceland pernah datang dan perbualan itu berlanjutan selama sejam. 

Telur sebesar tapak tangan


    Aku di tahap yang tidak lagi terkejut dengan kebesaran yang ada ni negara PNG ini, kali pertama aku terkejut adalah ketika melihat buah alpukat (avocado) sebesar lengan. Boleh makan tiga hari size buah avocado tuh.Tapi orang kapal tidak terkejut mungkin kerana mereka sudah biasa masuk ke PNG, tapi aku, Aku terkejut lah, selalu jumpa di supermarket Malaysia lagi kecil dari telur ayam harganya pula kemain RM4 satu, di sini mereka bagi aku dua plastik penuh kerana baldi yang kami beri kepada mereka. Buah manga nya pula pun sebesar lengan juga, aku terkejut lagi ketika itu apabila aku makan. MasyaAllah ini lagi manis dari harum manis. Betullah orang kata negara yang banyak terjadinya nature disaster lebih fertile. Rasa buah pun memang sangatlah lain berbanding di Malaysia. 

    Itu sahaja perkongsian saya tentang Rabaul. Teruskan membaca untuk berlayar bersama saya di dunia !! 

Sehingga jumpa lagi, Terima kasih kerana membaca posting saya ini. Saya sangat menghargainya. 




Friday, October 11, 2024

Aktiviti di Phuket, Thailand.

     Bangun tidur, makan di restaurant bawah hotel kitarang je! But the restaurant is so good erghhh penangan Thailand dia memang pergi jauh weh ! Hotel kitarang memang dekat dengan Patong Beach macam 5 minute walking distance. Nama restaurant tuh Siam-Thai Restaurant. Habis je makan. Kita 4 orang sewa motor, Ledy bawa Azura, aku bawa Shas, So dua motor dan vrommm vrommm merempit lah weh !!

    Boleh tahan Perjalanan motor kami, naik bukit turun bukit ladang ganja bersepah lah kiri kanan, Thailand kan ! Tapi yang bagusnya kalau jalan naik bukit dia, dia ada laluan berat sebab banyak juga lori di thailand nie. Otw ke Big Budha Thailand nie nampak kedai jual buah, singgah jap beli air buah, baru bagus perut, aku kena minum air buah kalau travel nie, sebab nak bagi antibody badan kuat sikit, supaya tak jatuh sakit. Sampai je di Big budha, kitarang naik pusing pusing tengok. 

Big Buddha Phuket Thailand
View dari temple 

    Macam biasa lah temple memang selalu buat di tempat yang tinggi, satu je pasal temple nie aku nak tengok view bandar atau tempat tuh dari atas. Memang puas hati lah view phuket dari atas nie ! Otw turun ada viewpoint, singgah jap tangkap gambar lagi, buat video sekali. 

    Vrooomm, vrooommm, berdesup dua motor dengan 4 gadis dari Malaysia, holiday dan bergembira. Singgah kami di Karon beach, layan sunset, aku memang kena rasa air laut, apalagi lari terus ke air laut lah. Di sini kami empat orang tarik nafas panjang, enjoy the moment, layan sunrise. Travel and holiday nie memang penting dalam hidup, dia buat kau take 5. don't rush into life. Buat kau rehat sebentar. Buat aku fikir there are so much more in the world. best feeling. Beborak lah kita 4 orang pasal life masing-masing banyak juga nak catch up weh !! 

Karon Beach Sunset

    Sampai je bandar Patong singgah pula di Banzaan Fresh Market !! Melantak lah kitarang. Ledy tercekik tulang pula di Phuket ! aduh !! kesian member. 
Banzaan Market.


    Habis tuh kitarang ronda guna motor lah pusing patong !! Esok nak kena bangun awal kitarang nak pergi island hopping nie pagi esok !!! see ya soon. 






Thursday, October 10, 2024

Melawat Masjid Raya di Padang, Sumatera Barat

     Hello guys !!!! So tahun nie aku melancong ke Padang, Sumatera Barat Indonesia. Kenapa aku buat keputusan untuk ke Padang. Selepas aku melihat satu documentary The Ancient Apocalypse. I was in shocked. Aku pun google map lah and research weh 20 minute je dari Malaysia ke sana. Tempat nie siap masuk documentary lagi. Plus aku always known this place sebab Buya Hamka. Tokoh nie memang terkenal lah weh dekat Malaysia. Zaman Ayoh kita dorang belajar nie dalam sister dorang. So plus point lah nak ke sana. Tiket flight Air Asia pun tak mahal mana, terus book untuk whole family lah !!

    Banyak lah kalau nak cerita pasal Padang, tapi content kali nie nak cerita pasal Masjid Raya sahaja. Because I am amazed. Like really amazed. Anyway post credit aku ke padang mengunakan Sinar Alam Wisata sebagai travel agent. And dorang sangat baik abang tour guide. sebab ibu aku pakai tongkat so aku decide nak ambil agent tour guide. 

    Masjid Raya Syekh Ahmad Khatib Al-minangkabawi Sumatera Barat adalah tempat yang berbaloi untuk melawat. aku sangat awe dengan keindahan arkitek minangnya. Ibu pergi solat sunat, sementara tunggu ibu, datang pakcik uruskan masjid. tunjuk aku gambar Masjid Raya, aku pun tanyalah saya nak tangkap gambar. Weh memang rezeki aku dapat tangkap gambar cantik weh. Memang rezeki Allah nak bagi kat aku. Memang lawalah Masjid nie memang penuh dengan culture mining dan design yang sangat menarik. 

Masjid Raya Sumatera Barat 
Dalam Masjid Raya
Dari hadapan Masjid Raya
Keluarga dan aku di hadapan Masjid Raya Sumatera Barat





Bercuti di Kandy, Sri Lanka

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

    Kali nie entry nak share aktivi yang aku lakukan di Kandy, Sri Lanka. Aku pilih kandy sebab dia ialah ancient city di Sri Lanka. Aku sampai kandy dalam 1400, so aku ambik tuktuk bawak ke hotel. Penginapan di Ceylon Breeze, Masuk je bilik hotel, OMG !! view bilik aku. Best of the best ! Bilik hotel untuk satu orang pun worth it gila. Murah gila memang tak dapat lah price macam nie kat Malaysia , bilik besar dan view. Haishhh. Tak boleh berhenti puji pasal view. 

Ceylon Breeze, Kandy

Bilik di Ceylon Breeze. 


    So aku pun berehat sebentar for one hour, then mandi yelah weh, berpeluh weh satu hari journey dari Galle, Naik kereta api dari pukul 6 pagi. Stop di Colombo then baru sampai Kandy. By the time aku siap rehat aku keluar dalam pukul 1720 book dari pickme. Pickme nie macam apps grab di Malaysia tapi guna di Sri Lanka. Plan aku petang nie nak tengok budhist sembahyang. Sebab waktu dorang sembahyang pukul 1830. Memang tepat pada waktunya lah. Aku excited jugak sebab sebelum nie aku tengok Cina sami je nie sami kulit Sri Lanka memang lain dari lain nie. Aku kena experience perkara nie. 
    Sampai je Temple of tooth. ataupun nama lain dia Sri Dalada Maligawa. Tapi dalam pickme tuh aku bok ke Queen hotel sebab Temple nie ada banyak entrance. Entrance yang dekat dengan entrance orang budha sembahyang nie berhadapan dengan hotel nie. Sebelum masuk aku beli lah bunga. Eceh !! Sebab kat batu caves even batu caves tuh hindu temple aku beli je bunga bukan sebab apa apa blessing ke apa tapi saje lah nak support local. 
Masuk je temple ada dengar orang main peralatan muzik, aku pun ikut beratur lah, banyak jugak tourist datang sini, penuh mat salleh. Kasut memang kena tanggallah, masuk lah mana mana tempat agama pun memang kena tanggal kasut lah. Kalau aku jumpa orang pakai kasut dalam masjid pun aku ketuk kepala orang tuh. Dalam temple nie ada husker weh guna kulit betul. aku pun masuk tengok. Then lilin lah apalah. Ada orang nak bagi penerangan kat aku seribu rupee je macam dalam sepuluh ringgit kita je, tapi aku malaslah, aku nak explore sendiri so aku ada masa aku sendiri aku boleh buat benda aku sendiri. Aku nak bergambar ke aku nak ambik video ke. Plus setiap gambar ada explaination. dorang memag tulis dalam bahasa inggeris jugak yelah temple nie dah jadi tempat tourist dorang dah. 
Husker dalam temple 


    Aku siap temple tengok jam dah pukul 2100. wuish lama juga aku spend pusing dalam temple nie. Yelah, temple dia besar jugak nak pusing plus kena beratur sana sini sebab ramai orang sembahyang kan, pukul 1930 tuh tempat sembahyang dia tutup. Mana mana tourist yg lambat tuh tak dapatlah tengok. Jalan depan sikit aku nampa kedai thosai. Wuish excitednya aku nak makan dosa di negara asal thosai. Nampak kedai tuh je perut aku terus berbunyi, lapar weh. Tak sabarnya nak makan. Kedai nie berhadapan temple je. Walking distance je dah nampak. Habis makan balik hotel aku yang best tuh berehat. Penat nya harinie. Sambung esok pula !!
Cheese Onion Masala Dosa di Balaji Dosai ( Pure Vegatarian )


    Pagi !!! Rasa Macam princess betul Breakfast hantar di bilik. Siap je Breakfast mulalah adventure hari kedua di Kandy ! Tempat pertama aku pada hari ini ialah Tea Factory. Eh dah sampai Sri lanka, ceylon country kut wajib ah beli tea so aku ambik kesempatan nie pergi kilang dia terus. Lepas habis tour kilang dia, dapat free drink tea. Aku minta tea paling mahal dorang ada iaitu gold tea ngan silver tea. Dia gtaw aku sebab tea nie paling rare so dia boleh bagi sikit je. lepas minum aku terus macam weh aku kena beli. Nie teh paling sedap aku pernah minum. Btw, tour dan minum free je, yang kena bayar bila korang beli teh. Tapi gila kau tak beli, kau kat Sri Lanka kut. wajib ah beli teh !!!! Sri Lanka used to be called Ceylon dude !

 Tea Factory Girigama



Next stop , Nelligala temple. Wuish terkejut aku semua warna emas kat sini, kebetulan pula harini Sri Lanka election day so temple tiada orang langsung memang banyak lah video aku ambil di sini. View pun lawa sebab temple dia atas bukit. 

    Ok next stop aku ke Kandy Botanical Garden. Habis pusing botanical garden aku makan tengah hari. Harinie makan Curry and Rice. Ini adalah antara makanan authentic Sri Lanka. Dalam fikiran aku nasi dan kari jelah macam aku selalu order kat mamak tengah hari. Sekali makanan sampai weh. anyak jugak lauk sampingan dia. Dan murah gila. tukar duit Malaysia 3 ringgit je weh. Mana tak terkejut aku. Aku memang hantu sayur. Argh memang best lah makan kat sri lanka nie sebab kebanyakkan lauk sayur. Diaorang tanya aku vegetarian atau tidak. aku cakap lah tidak. anyways. Sambal dia sedap wehhhhh !!!! Erghhhhhh !!! I really like my lunch today !
Rice and Curry

    Ok next stop, aku ke Bahirawakanda temple. Weh besar gila patung Budha dia, aku sampai panjat atas sebab boleh tengok view apa yang patung buddha tuh tengok. Meman nampak satu kandy. Korang memang kena add stop nie dalam itinerary korang. 
Sri Maha Bodhi Viharaya

 Selepas ke temple aku ke Kandy viewpoint so boleh nampak satu kandy dekat situ, aku juga ke Kandy lake, cari air kelapa tak jumpa pula, sebab banyak kedai tutup harinie kan election day. 
Kandy Lake. 

Stop terakhir aku untuk hari kedua di Kandy, sudah petang, Penat jugak tawaf satu Kandy, Sri Lanka nie, 
Last stop adalah Penjara di Kandy. 
Bogambara Prison

Aku cuma boleh tulis bahawa Kandy adalah tempat wajib untuk pergi kalau melancong ke Sri Lanka. Semoga post kalinie membantu korang untuk travel di Kandy. See ya on my next posting











Tuesday, October 01, 2024

Melancong di Blue Lagoon, Iceland


     Berjalan ke Iceland adalah wajib untuk ke Blue Lagoon, Geothermal spa nie memang cantik sangat. Air dia milky blue sebab kandungan silica yang tinggi. Be prepare dengan bau telur. huhuhuhu. Temperature air takdelah panas sangat lagi Panaƛ cuaca Malaysia, tapi untuk mandi di temperature 37 degree di kawasan yang sejuk adalah sangat melegakan. Memang perfect. 

     Hajar dah atur cun cun, kita mandi di Blue Lagoon di penghujung travelling itinerary kami. Pampering ourselves lepas all our activity di Iceland. Parking kereta banyak dan kereta pun banyak so memang terbuktilah ramai tourist datang cause kalau tak pergi blue lagoon ibarat tak lengkaplah trip ke Iceland. Nampak juga iklan di airport Iceland ketika sampai di bumi utara nie, dorang ada package transit Iceland sebelum ke America dengan terus dari airport ke Blue lagoon then back to airport. 



    Masuk je Blue lagoon, tukar baju mandi dan zasssssss masuklah kolam air panas dia, aku memang peminat kolam air panas weh. Kalau di Bentong tuh sebulan sekali paling kurang aku akan berendam dalam air panas. Memang hobi aku, tapi ini lain guys ! Ini Air panas di Iceland, air gunung berapi. Owhh tengah syok berendam otak aku dok terfikir pasal weh aku mandi air panas yang bagi Iceland electric weh. Geothermal energy to relaxation. How cool is that ? Ahhh ! aku memang impressed dengan everything yang ada dekat sini. Dari punca kuasa dia sampai ke Blue Lagoon. 

    Lama juga berendam kat sini, aku tengok muka haja sampai dah warna merah, muka mat salleh kat sini semua dah pink. 
Blue Lagoon

    Spend hours kat sini pun takpelah weh, sebab view pun best dengan asap macam tuh. memang rasa macam heaven on earth. Then haja dan aku kitarang makan kat restaurant dalam blue lagoon tuh. Treat ourselves lah weh !!! plus the Iceland trip is coming to an end dah. Makan pakai baju mandi yang blue lagoon bagi tuh je tak perlu nak change ke ape so lepas makan terjun balik berendam. hik hik hik.