Assalamualaikum. Lama sungguh aku tak update blog. Blog nie dibuat ketika aku masih di sekolah menengah. Sekarang sudah berkerjaya. I can say that life hits me good. Banyak masam manis menempuh kehidupan. Setiap hari adalah lebih baik kerana hari terdahulu mengajar kita dan setiap kesilapan haruslah dipelajari. Anxious pula nak taip di blog selepas lama tak tulis apa apa. How many years have passed aye!
Long story short. Sekarang aku merupakan engineer di atas Kapal Container dan aku adalah satu satunya Malaysia di atas kapal yang aku berlayar.
Aku ingin tulis ini di blog kerana aku rasa ianya sebuah pengalaman yang mendewasakan aku serta berguna untuk mereka yang membaca. Dan untuk beri semangat kepada pelaut Malaysia yang ingin berlayar di syarikat antarabangsa.
First and foremost, menjadi the only Malaysian ada kebaikan dia, pelaut nationality lain akan lebih menghormati kita sebab mereka tak tahu budaya kita. Selalunya di atas kapal mempunyai lebih dari 5 nationality yang berbeza dari European sampailah ke Selatan Pacific people. Dan ini juga ajar aku untuk lebih hormat manusia lain sebab dunia nie ada law, culture, tradisi yang membentuk keperibadian seseorang. Kebanyakkan mereka di atas kapal yang aku berlayar selalu tanya aku soalan atau kenyataan seperti. "First time I sail with Malaysian" "Never met Malaysian before" "You are the first Malaysian I have sail with" "You are the second Malaysian I have sail with" "Malaysia have seafarer?" So mereka sendiri sangat berminat nak tahu pasal Malaysian culture. Dan apabila conversation terjadi banyaklah adat resam yang dikongsi antara kami semua di atas kapal. Ini adalah perkara kegemaran aku untuk tambah knowledge and buka minda. Kata orang, the best way to view the world adalah dengan berkawan dengan mereka yang first language nay tidak sama dengan first language kita.
Seterusnya, aku dapat banyak rakan baru berlainan negara. Sebagai contoh, baru baru ini rakan sekapal aku pada tahun lepas menjemput aku ke kenduri kahwin beliau di Sri Lanka. Weh this is one in life opportunity. Dapat tengok budaya orang lain di negara mereka. Katakan padaku tidakkah seronok dapat mengalami ini.
Aku seorang melayu dan islam. Jadi makanan di atas kapal selalunya bukanlah halal dan pedas. Ketika aku sign on luggage aku semestinya dipenuhi dengan sambal. Ini adalah cabaran menjadi satu satunya Malaysia. Kerana selepas tiga bulan aku akan food sick. Rindu makanan Malaysia. Sentiasa berlegar di kepala rasa dan nikmat Nasi Kerabu, Rendang ayam sayur Maman, Nasi lemak udang goreng tepung, Ikan patin paih tempoyak, Gulai daging asang rom, Keropok Lekor dan etc. Tetapi pelayaran hanyalah 6 bulan, so nanti sign off bolehlah payback all the foods that I miss. Put it aside rasa rindu tuh, aku juga dapat rasa pelbagai makanan dari negara lain. Who would thought aku akan jatuh cinta dengan sambal Sri Lanka. Jatuh cita dengan air avocado Filipin. Salad Mango dari Fiji. Pisang hitam fiji. Ini baru yang crew kapal masal. Banyak kalau nak cerita pula pasal makanan yang aku makan di negara negara lain ketika aku turun shoreleave. Selalunya cookie (Tukang masak atas Kapal) akan asingkan makanan untuk aku sebab aku akan inform bahawa aku tidak makan makanan non halal. Kebanyakkan cookie sangat memahami kerana bukan kita sahaja yang ada restriction soal makanan. Kebanyakkan Srilankan pula langsung tidak makan daging yang berdarah. So korang tak perlu risau pasaĆ makanan sebab pelaut sangat memahami perkara perkara begini.
Hari raya adalah hari yang sungguh sayu lah untuk aku. This is the most hurtful one. Nasib baik nowadays internet kapal guna starlink. So bolehlah rasa raya visually. Jika di atas Kapal Malaysia adalah juga perayaan pada Hari Raya tetapi di Kapal luar, mereka tidak tahu pun ada perayaan Aidilfitri disambut. Selalunya aku akan slowtalk dengan Senior management di engine room seperti Second Engineer dan Chief Engineer bahawa aku nak cuti pada Hari Raya. Mereka akan faham. So beraya visually lah kita.
Itu Sahaja untuk topik hari ini. Semoga rezeki kita semua seluas lautan. xoxo,
No comments:
Post a Comment
no question is stupid question